Sunday 18 October 2015

Child Waiver Of Contributions Secure Takaful

Dengan IKHLASlink Child Waiver of Contribution Secure Takaful Rider, ia memberi nilai tambah kepada IKHLASlink Child Secure Takaful Rider yang telah dilanggan sebelumnya. Pelan ini akan mengecualikan semua pembayaran Sumbangan Takaful yang perlu dibayar pada masa akan datang kerana ia adalah satu rider yang dijamin pembaharuannya menerusi unit deduktif.

Waiver of Contributions Secure Takaful

IKHLASlink Waiver of Contributions Secure Takaful Rider akan menguruskan semua Sumbangan Takaful yang perlu dibayar di masa akan datang di bawah Sijil Takaful sekiranya anda didiagnos menghidap penyakit kritikal. Pelan Takaful Rider ini hanya boleh disertakan dengan Pelan Asas. Ini adalah rider berunit deduktif yang boleh disertakan kepada pelan Takaful berkaitan pelaburan di mana Sumbangan Takaful adalah berkala.

1. Apakah perlindungan/manfaat yang ditawarkan?

a) Manfaat Penyakit Kritikal/Keilatan Kekal dan Menyeluruh
Semua Sumbangan Takaful yang perlu dibayar di masa akan datang (termasuk semua pelan rider yang disertakan, kecuali pelan rider penyakit kritikal) akan diuruskan sekiranya Orang yang Dilindungi disahkan menghidap salah satu daripada penyakit-penyakit kritikal yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful.

Critical Illness Secure Takaful

IKHLASlink Critical Illness Secure Takaful Rider memberikan perlindungan dan ketenangan fikiran untuk anda dan keluarga anda sekiranya anda didiagnos menghidap penyakit kritikal. Pelan Rider ini menyediakan perlindungan kewangan seandainya anda didiagnos menghidap penyakit kritikal seperti yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful. Pelan Rider ini hanya boleh disertakan dengan Pelan Asas.
Ini adalah rider berunit deduktif yang boleh disertakan kepada pelan Takaful berkaitan pelaburan di mana Sumbangan Takaful adalah berkala.

1. Apakah perlindungan/manfaat yang ditawarkan?

a) Manfaat Penyakit Kritikal/ Keilatan Kekal dan Menyeluruh

i) Pelan Bayaran Awal – Sebaik sahaja Orang yang Dilindungi disahkan menghidap penyakit kritikal, rider ini membolehkan bayaran awal ke atas Amaun Perlindungan Penyakit Kritikal dibayar sekaligus daripada Amaun Perlindungan Sijil Takaful Asas. Tuntutan yang dibuat menerusi rider ini akan mengurangkan Amaun Perlindungan Sijil Takaful Asas.

ii) Pelan T ambahan – Rider ini membolehkan bayaran dibuat sekaligus ke atas Amaun Perlindungan Penyakit Kritikal sebaik sahaja Orang yang Dilindungi disahkan mengidap penyakit kritikal. Tuntutan yang dibuat menerusi rider ini tidak akan mengurangkan Amaun Perlindungan Sijil Takaful Asas.